HOMEMADE CHOCZ

Friday, June 17, 2011
COKLAT SUSU DAN COKLAT HITAM
COKLAT SUSU DAN COKLAT HITAM

Coklat hitam sebenarnya bagus untuk jantung. Satu bar coklat dapat membantu jantung kita semua berjalan dengan lancar. Coklat juga dapat menurunkan tekanan darah yang mana kajian mendapati pengambilan satu bar kecil coklat hitam setiap hari dapat membantu menurunkan tekanan darah bagi individu yang menghadapi masalah darah tinggi. Bukan itu sahaja, bagi penghidap kolesterol dengan hanya memakan satu bar coklat hitam setiap hari dapat membantu menurunkan Kolesterol LDL hingga mencapai paras 10 peratus. WOW!! sangat bagus coklat hitam ini.

Bagi student yanng stress dengan timbunan tugasan dan juga resah ketika menjawab exam, bolehlah memakan coklat hitam ini. KENAPA???!! Sebab coklat hitam dapat merangsang penghasilan endorphin yang memberikan manusia rasa seronok dan mengandungi bahan serontonin yang bertindak sebagai anti kemurungan. Tentera di dalam dunia ini dibekalkan dengan coklat hitam untuk sebaran operasi termasuk perang. Ini kerana coklat hitam dapat menenangkan tekanan walaupun ketika itu mereka dalam ketakutan.



Coklat hitam mengandungi antioksidan. Kalau memakan coklat hitam kemungkinan untuk nampak tua sangat rendah. Hak3..pepandai je..Tetapi memang coklat hitam mengandungi antioksidan.

Bagi mereka yang betul-betul peminat coklat, pasti pandai membuat pilihan. Di Malaysia, hanya coklat tenusu sahaja yang banyak di pasaran kerana masyarakat Malaysia masih lagi kurang pengetahuan tentang kebaikan coklat hitam ini. Antara sebab lain kenapa coklat hitam kurang femes di Malaysia berbanding di luar negara kerana rasanya. Rasa coklat hitam tidak semanis coklat tenusu kerana coklat hitam berasa sedikit pahit sebab mengandungi rasa coklat yang asli.

jadi?? apa pilihan anda?? Coklat hitam atau tenusu??



Sumber dari:
http://adyadnin.blogspot.com/2011/04/coklat-susu-dan-coklat-hitam.html

Labels:

posted by HOMEMADE CHOCZ @ 1:24 AM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 

my space tracker


ShoutMix chat widget
Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa DisiniKelas Asas Membuat Coklat Homemade

Promote Your Page Toofree counters
About Me

Name: HOMEMADE CHOCZ
Home: Kuala Lumpur, Malaysia
About Me: A mother of 2 girls and a boy,interested in trying new receipe of chocolate..can call/sms 012-3672899 , e-mail at homechocz@yahoo.com
See my complete profile
Previous Post
Archives
DELICIOUS, ELEGANT & HALAL CHOCZ

Homemade chocolate yang lazat,menarik & halal utk sebarang majlis spt door gift perkahwinan,hadiah harijadi dsb please call 012-3672899 atau e-mail : homechocz@yahoo.com .

Links

BLOGGER