HOMEMADE CHOCZ

Monday, June 22, 2009
Kenapa Anda Perlukan Coklat
Kenapa Anda Perlukan Coklat

Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.
Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.
Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.

Sumber daripada :
http://groups.google.com.my/group/tipswanita/msg/01b86e0239ce33d0
posted by HOMEMADE CHOCZ @ 9:12 PM   0 comments
Sunday, June 21, 2009
Real Chocolate Lebih Lazat....
Pasti ada di antara anda yang tertanya-tanya; apa bezanya coklat yang kita makan ada
di antaranya lebih mahal dari yang lain.

Coklat terbahagi kepada 2 iaitu dihasilkan dari Real Chocolate(converture) dan Compound Chocolate.

Real Chocolate mengandungi mentega koko manakala coklat yang lebih murah (Compound Chocolate) mengandungi lemak sayuran/sawit.

Rasa bagi kedua-dua jenis coklat ini berbeza, dan pastinya Real Chocolate lebih lazat. Proses pembuatan Real Chocolate juga agak rumit dan memerlukan penelitian.

Bagi penggemar coklat,pastikan Real Chocolate menjadi pilihan utama!
posted by HOMEMADE CHOCZ @ 9:21 PM   0 comments
Friday, June 19, 2009
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kecil-Kecilan
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kecil-kecilan

Author: NORAINI ZAKARIA // Category:
(http://resipinoraini.blogspot.com)

Semasa saya mengadakan kursus kek lapis, ada juga peserta yang bertanya kepada saya bagaimana nak memulakan perniagaan kek atau biskut secara kecil-kecilan dari rumah? Saya rasa ini satu soalan yang baik kerana antara matlamat saya menulis buku, menganjurkan kursus dan mewujudkan blog ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang Melayu kita menceburkan diri dalam perniagaan ini. Maklumlah rata-rata kita lihat,kedai kek dimana-mana bandarpun dimonopoli oleh satu kaum saja. Belum tentu apa yang dijual itu Halal. Sebagai umat Islam, persoalan halal haram adalah sangat penting. Jadi marilah kita bersama-sama melaksanakan Jihad Ekonomi.Apa yang akan saya paparkan disini adalah dari pengalaman saya berniaga kecil-kecilan selama 10 tahun sejak saya meletakkan jawatan sebagai wartawan majalah. Saya mengambil tempahan kek dan biskut raya. Pernah tempahan biskut raya saya mencapai 35,000 biji sedangkan saya tiada pekerja, hanya bantuan ahli keluarga.Lain orang lain pengalamannya. Harap dapat dijadikan panduan sebagai batu loncatan untuk mengorak langkah menjadi usahawan berjaya. Insyaallah.

1. Dapatkan ilmu

Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar membuat kek. Saya sendiri walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar. Pendekata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baru yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita.Ada seorang rakan saya yang sanggup mengeluarkan RM1000 untuk belajar membuat roti selama 1 hari dari seorang pakar. Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.

2. Mempraktikkan ilmu

Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi ilmu itu menjadi sia-sia.Cuba buat resipi yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan kek yang anda hasilkan. Bila kita hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupabentuk mahupun rasanya. Alkisah pengalaman kawan saya yang membeli kek lapis sarawak dari seorang penjual .Harganya satu biji RM90.00.Tengok dari gambar memang cantik.Apabila melihat kek yang dihantar, masyaallah tak menjadi seperti dalam gambar. Pelanggan tidak berpuashati dengan si penjual,mengutuk lagi di belakang. Jadi ini satu promosi yang tidak baik. Pastikan pelangan anda berpuashati dengan barangan yang dijual. Promosi mulut ke mulut adalah sangat berkesan.


3. Promosi

Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang-orang disekeliling anda. Anda hendaklah bermulut manis (hatipun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendekata anda hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang-orang di sekeliling anda. Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek anda hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau dikedai. Maklumlah harga kawan-kawan. Tetapi pastikan masih ada untung. Untuk promosi juga, anda boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan anda dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda.Jika ada internet,anda boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk anda.

4. Menjaga Pelanggan

Setelah anda mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya jika pelanggan hendak kek 2 kilo, sedangkan anda tiada tin yang besar,berusahalah mencarinya. Jika pelanggan hendak esok, berusahalah membuatnya.Kepercayaan pelanggan sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada anda , tempahan akan bertalu-talu datang.

5. Sikap yang Positif

Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat kita untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu tidak akan pudar.

6. Peralatan yang cukup

Walaupun perniagaan itu secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepda pelanggan bahawa anda serius dalam perniagaan ini.Jika berniaga biskut, isikan dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan label perniagaan anda.

7. Mendaftarkan perniagaan

Setelah anda yakin dengan potensi perniagaan ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA dan agensi-agensi yang lain. Seterusnya anda boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda.

Kesimpulan, kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Anda perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa. Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidangpun sentiasa berkembang. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang anda impikan. Tidak mustahil, impian akan menjadi kenyataan.


Catatan: Puan Noraini merupakan cikgu yang mengajar saya semasa kursus cup cake...
Beliau memang best..boleh layari blog beliau di http://resipinoraini.blogspot.com
posted by HOMEMADE CHOCZ @ 6:58 PM   31 comments
1 piece in a box
1 piece in a box ......my yummy homemade chocolate...
posted by HOMEMADE CHOCZ @ 2:02 AM   0 comments
2 pcs chocolate in golden box

posted by HOMEMADE CHOCZ @ 2:00 AM   0 comments
White Chocolate Bar
White chocolate Bar.....yummy...yummy
posted by HOMEMADE CHOCZ @ 1:54 AM   0 comments
Bentuk coklat
Antara bentuk coklat buatan tangan "homemade chocolate" yang dihasilkan........
posted by HOMEMADE CHOCZ @ 1:34 AM   0 comments
Tuesday, June 16, 2009
15 pcs chocolate with window box

Special bithtday gift to someone special...
posted by HOMEMADE CHOCZ @ 11:22 PM   0 comments
Sample Chocolate Boxes
A few samples of boxes for chocolate...
posted by HOMEMADE CHOCZ @ 11:20 PM   0 comments
Love Chocolate
I love U.....my chocolate...
posted by HOMEMADE CHOCZ @ 11:17 PM   0 comments

Delicious, elegant & halal homemade chocolate.....
posted by HOMEMADE CHOCZ @ 11:13 PM   0 comments
3 pcs chocolate
For your guest as a door gift....
posted by HOMEMADE CHOCZ @ 11:11 PM   0 comments
6 pcs homemade chocolate
Special Diary Box Chocolate for 6 pcs chocolate for a birthday gift...
posted by HOMEMADE CHOCZ @ 11:08 PM   0 comments
12 pcs chocolate
Yummy...yummy ... my homemade chocolate...
posted by HOMEMADE CHOCZ @ 11:04 PM   0 comments

12 pcs homemade chocolate - special dairy box for a your love's one...

Labels:

posted by HOMEMADE CHOCZ @ 10:57 PM   0 comments
Sunday, June 14, 2009
April 22, 2009
Keratan Akhbar Kosmo: Coklat enak import didakwa ada lemak babi
oleh MAZLINA ABDUL MAJIDmazlina@kosmo.com.my

KEBANYAKAN coklat import dari Eropah dan Amerika Syarikat didakwa mengandungi campuran lemak babi.

Banyak jenis coklat import bukan sahaja dihasilkan dengan campuran minuman keras tetapi tidak kurang juga yang menggunakan lemak haiwan yang tidak halal termasuk babi.Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat.

Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat.

Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, emulsifier memang ada dihasilkan daripada tumbuhan tapi penggunaannya sangat kecil.“Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi,’’ jelasnya.Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.

Labels:

posted by HOMEMADE CHOCZ @ 8:46 PM   0 comments
Monday, June 8, 2009
Salam Perkenalan
Untuk pengemar coklat, nantikan kemunculan home made chocolate yang halal tidak lama lagi...
posted by HOMEMADE CHOCZ @ 9:38 PM   0 comments

my space tracker


ShoutMix chat widget
Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa DisiniKelas Asas Membuat Coklat Homemade

Promote Your Page Toofree counters
About Me

Name: HOMEMADE CHOCZ
Home: Kuala Lumpur, Malaysia
About Me: A mother of 2 girls and a boy,interested in trying new receipe of chocolate..can call/sms 012-3672899 , e-mail at homechocz@yahoo.com
See my complete profile
Previous Post
Archives
DELICIOUS, ELEGANT & HALAL CHOCZ

Homemade chocolate yang lazat,menarik & halal utk sebarang majlis spt door gift perkahwinan,hadiah harijadi dsb please call 012-3672899 atau e-mail : homechocz@yahoo.com .

Links

BLOGGER