HOMEMADE CHOCZ

Tuesday, November 23, 2010
Gift set


Labels:

posted by HOMEMADE CHOCZ @ 12:50 AM   0 comments
Wndow Box for gifts




Labels:

posted by HOMEMADE CHOCZ @ 12:42 AM   0 comments


posted by HOMEMADE CHOCZ @ 12:14 AM   0 comments
Monday, November 22, 2010
35 pcs of chocz converture


Labels:

posted by HOMEMADE CHOCZ @ 11:57 PM   0 comments
Thursday, November 18, 2010
Dark Chocolate is HEALTHY chocolate
Dark Chocolate is HEALTHY chocolate


Dark Chocolate Lowers Blood Pressure

Dark chocolate -- not white chocolate -- lowers high blood pressure, say Dirk Taubert, MD, PhD, and colleagues at the University of Cologne, Germany. Their report appears in the Aug. 27 issue of The Journal of the American Medical Association.

But that's no license to go on a chocolate binge. Eating more dark chocolate can help lower blood pressure -- if you've reached a certain age and have mild high blood pressure, say the researchers. But you have to balance the extra calories by eating less of other things.

Antioxidants in Dark Chocolate

Dark chocolate -- but not milk chocolate or dark chocolate eaten with milk -- is a potent antioxidant, report Mauro Serafini, PhD, of Italy's National Institute for Food and Nutrition Research in Rome, and colleagues. Their report appears in the Aug. 28 issue of Nature. Antioxidants gobble up free radicals, destructive molecules that are implicated in heart disease and other ailments.

"Our findings indicate that milk may interfere with the absorption of antioxidants from chocolate ... and may therefore negate the potential health benefits that can be derived from eating moderate amounts of dark chocolate."

Translation: Say "Dark, please," when ordering at the chocolate counter. Don't even think of washing it down with milk. And if health is your excuse for eating chocolate, remember the word "moderate" as you nibble.


**taken from http://www.webmd.com/diet/news/20030827/dark-chocolate-is-healthy-chocolate
posted by HOMEMADE CHOCZ @ 10:00 PM   0 comments
Thursday, November 11, 2010
SOALAN YANG LAZIM DITANYA TENTANG COKLAT (FAQ)
Apa perbezaan antara coklat couverture dan coklat compound?

Perbezaan antara coklat couverture dan compound adalah lemak yang digunakan untuk membuat coklat tersebut. Coklat couverture mengunakan lemak dari biji koko yang dipanggil mentega koko (cocoa butter), sementara coklat compound mengunakan lemak sayuran e.g dari kelapa sawit (vegetable fat)


Kenapa coklat couverture perlu ditemper?

Coklat couverture perlu ditemper kerana mentega koko boleh membentuk 6 jenis krystal bergantung bagaimana ia disejukkan setelah ia dicairkan. Untuk membentuk coklat yang berkilat dan stabil pada suhu bilik <34°c,>mentega koko perlu membentuk krystal nombor 5 sahaja.


Kenapa coklat saya bila keluar dari peti sejuk berpeluh?

Coklat anda berpeluh kerana proses pemeluawapan (condensation) berlaku. Proses ini akan berlaku pada semua benda yang bertukar tempat dari yang sejuk (eg peti sejuk) ke tempat yang panas dan lembap (eg dapur ), wap di udara akan tersejat atas permukaan yang sejuk.



Adakah coklat akan cair jika dibawa dalam kereta atau dipos?

Coklat couverture yang telah ditemper dengan betul tidak akan cair jika ia berada pada suhu <34°c.>34°C




Kenapa homemade coklat manis???

Jika perbandingan ini mengenai base coklat, anda perlu tahu bahawa takat kemanisan sesuatu base coklat adalah bergantung kepada formulasinya, secara am coklat putih adalah lebih manis berbanding dengan coklat susu dan coklat hitam. Lagi tinggi peratusan koko mass lagilah kurang kandungan gulanya sebab tulah saya lebih gemar makan coklat hitam ~70% cocoa content. Kemanisan coklat juga berkaitan dengan jenama kerana setiap pengilang ada formulasi tertentu.

Macamana nak kurangkan manis?

1. Pilih jenis coklat yang mengandungi peratusan koko mass yang tinggi

2. Pilih jenama coklat yang kurang manis

3. Jika anda gemar coklat susu, blhlah digabungkan sedikit coklat hitam kepada coklat susu untuk mengurangkan kemanisan coklat susu yang diguna...berapa ratio...terpulang pada anda..apa yg perlu diingat mesti dari kategori yang sama..couverture dgn couverture, compound dgn compound.

4. Jika perbandingan ini mengenai praline, sekali lagi faktor kemanisan bergantung pada resipi yang diguna. Jika inti sesuatu praline eg ganache terlalu manis anda boleh ubah dengan mengurangkan kandungan pemanis atau tukar jenis pemanis tersebut...sebagai contoh glucose gel adalah lebih manis dari corn syrup, jadi gunalah corn syrup.

Kombinasi base coklat dan inti juga perlu diseimbangkan seperti coklat acuan domino dibawah ini dibuat dengan mengabungkan coklat hitam (70% cocoa content) dengan inti vanilla ganache (manis kerana dibuat mengunakan coklat putih).Akhir sekali faktor keadaan (keras atau lembik) coklat semasa anda memakannya juga boleh mempengaruhi rasa kemanisannya. Jika coklat yang anda makan itu sudah lembik kerana telah disimpan pada suhu bilik ~30C, maka anda akan rasa ia lebih manis berbanding dengan coklat yang sama tetapi ia masih keras kerana baru sahaja keluar dari peti sejuk atau berada pada suhu ~25C. Perbezaan tahap kemanisan ini adalah kerana bila coklat tersebut telah lembik, gula dalam coklat lebih mudah dibebaskan kerana lemak yang meliputi gula tersebut telah hampir cair. Sebaliknya jika lemak tersebut dalam keadaan pepejal (kerana coklat itu sejuk/keras), gula tidak mudah dibebaskan, jadi ia lambat larut dalam air liur..sebab tulah kita rasa ia kurang manis..Kalau tak percaya..cuba buat experiment ini di rumah...



Sumber dari sifu coklat:
http://www.homechoc.com

Sesiapa yang nak belajar coklat, bolehlah layari blog http://www.homechoc.com ,Puan Rahimah ni sifu pada sifu yang saya belajar coklat ni...saya belajar kat http://kokoaandfriends.blogspot.com/

Labels:

posted by HOMEMADE CHOCZ @ 11:46 PM   0 comments
Wednesday, November 10, 2010
Diet Rasulullah SAW
Saya ada terbaca artikel di bawah dr internet....moga ada manafaat buat kita semua...


Diet Rasulullah S.A.W.


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

JENIS MAKANAN

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN
JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..(Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...... cubalah. Tapi pengaruhnya tidak dalam jangka pendek..... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti)

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion +ve sedangkan dalam ikan mengandung ion -ve, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan sepeti membuat amalan antara lain:

Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...Sama-samalah kita mengamalkannya.......WallahuA'lam

sumber
http://msaadhamid.blogspot.com/2010/11/diet-rasulullah-saw.html
posted by HOMEMADE CHOCZ @ 10:09 PM   1 comments

my space tracker


ShoutMix chat widget
Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa DisiniKelas Asas Membuat Coklat Homemade

Promote Your Page Toofree counters
About Me

Name: HOMEMADE CHOCZ
Home: Kuala Lumpur, Malaysia
About Me: A mother of 2 girls and a boy,interested in trying new receipe of chocolate..can call/sms 012-3672899 , e-mail at homechocz@yahoo.com
See my complete profile
Previous Post
Archives
DELICIOUS, ELEGANT & HALAL CHOCZ

Homemade chocolate yang lazat,menarik & halal utk sebarang majlis spt door gift perkahwinan,hadiah harijadi dsb please call 012-3672899 atau e-mail : homechocz@yahoo.com .

Links

BLOGGER